Thursday 17 March 2011

Tangisan Rasulullah SAW

Manusia menangis kerana suatu sebab. Adakala tangisan menitis kerana rasa belas kasihan dan kemurahan, ada kerana takut, ada kerana kasih sayang dan adakala kerana terlalu gembira, kerana terlalu sakit atau duka, ada kerana dizalimi orang. Ada juga tangisan kerana bertaubat atas dosa yang dilakukan. Ada satu jenis tangisan semasa solat agarseseorang itu Nampak warak, tawaduk dan sebagainya, itu adalah nifaq. Sebagaimana yang akan disebut di dalam atau kerana fikir atas ummah atau kerana merindui Allah. Hanya tangisan sebegini yang dipuji. Para Masyaikh telah menulis ada sejenis tangisan yang dipanggil pura-pura iaitu menangis lantaran telah melakukan dosa tetapi tidak berusaha memelihara diri dari dosa itu. Ahli Tafsir Hadith menulis, Daud Alaihissalam menangis kerana sedih, Ibrahim Alaihissalam menangis kerana rindu dan Rasulullah SAW menangis kerana cinta. Kerana cinta Baginda sering menangis di waktu malam jika tidak Baginda menangis lantaran sebab-sebab yang disebutkan tadi. Justeru pelbagai riwayat disiarkan. Penyusun memaparkan 6 buah hadith dalam bab ini.

Hadith 1

Abdullah bin Shikkir R.A berkata: “Daku telah pergi ke majlis Rasulullah SAW tatkala Baginda sedang solat. Kedengaran tangisan seperti bunyi cerek mendidih dari dada beliau.” 
Sunan Abu Daud, Bab Solat.

Hadith 2

Abdullah bin Mas’ud R.A berkata: “ Rasulullah SAW pernah meminta saya membacakan al-Quran kepadanya. (Mungkin Baginda boleh lebih bertafakkur melalui mendengar atau mungkin berbagai sebab-sebab lain, misalnya mendenagr al-Quran dikira sunnah kerana ia dilakukan oleh Nabi SAW). Saya berkata, “patutkah saya membacanya kepadamu wahai Rasulullah,sedangkan ia diturunkan kepada tuan?” Rasulullah SAW bersabda, “Daku lebih suka mendengarnya dari orang lain.” Maka saya pun membaca Surah An-Nisa’( dari suku akhir juz ke 4). Apabila saya tiba pada ayat “ Maka bagaimanakah (mereka) apabila Kami datangkan setiap umat seorang saksi dan Kami datangkan kamu ( Muhammad) sebagai saksi ke atas mereka.” (an-Nisa’ 4: 41).  “Daku melihat air mata berlinangan dari kedua kelopak mata Baginda.” 
Sunan Tirmidzi, Bab Tafsir, hadith 3028; Shaikhani, Abu Daud dan Nasai.

Hadith 3

Abdullah bin Umar R.A memberitakan : “ Gerhana matahari pernah berlaku pada masa Rasulullah SAW pergi ke masjid mendirikan solatdan qiam begitu lama higga kami kira beliau tidak akan ruku’(menurut jumhur ulama’ tahun ke 10H). (Dalam riwayat lain disebut Baginda membaca surah al-Baqarah). Kemudian Baginda ruku’ seolah-olah tidak akan sujud kerana panjangnya. Selepas itu Baginda sujud lama seperti tidak akan bangkit lagi. Ringkasnya setiap rukun dilakukan dengan cara begitu sehingga tamat. Kerana takutnya, Baginda bernafas dengan kuat, menangis seraya merayu kepada Allah. Ya Allah, Engkau telah berjanji tidak akan azab mereka selagi daku ada di kalangan mereka. Ya Allah, bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa selagi mereka beristighfar, mereka tidak akan diseksa dan kami beristighfar kepadaMu.” (Permohonan Nabi SAW merujuk kepada ayat “ Dan Allah tidak akan mengazab sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah Allah akan azab mereka, sedang mereka memohon istighfar.”) (al-Anfal: 8:33)
Setelah Rasulullah SAW selesai solat, matahari pun bersinar kembali. Baginda SAW lalu berkhutbah. Setelah mengucap hamd dan thana, Baginda menyebut bahawa gerhana matahari dan bulan bukan disebabkan kematian atau kelahiran seseorang tetapi keduanya adalah di antara tanda-tanda kebesaran Allah. ( Selaku amaran agar manusia takut kepadaNya.) Apabila berlaku gerhana segeralah mengingati Allah( denagn beristighfar dan mengerjakan solat).
Nasai, Bab Solatul Khusuf.

Hadith 4

Ibnu Abbas R.A berkata salah seorang anak perempuan Rasulullah SAW sakit tenat. Baginda memangku dan meletaknya di atas riba. Anak itu pun wafat di hadapan Baginda. Ummu Aiman( seorang jariah Baginda) mula berteriak menangis. Maka Nabi SAW bersabda, “ Apakah kamu meratap di samping Rasul Allah?” (Padahal Baginda juga berlinangan air mata). Dia berkata, “ Tidakkah saya lihat tuan juga menangis?” Sabda Nabi SAW, “ Tangisan seumpama initidak dilarang. Ia adalah rahmat Allah. (Dia melembutkan hati hamba-hambaNya dan melahirkan belas dan kasih dalam mereka). Baginda bersabda, “ Bagi orang mukmin itu khair alam apa jua keadaaan walaupun rohnya akan diambil keluar, dia sibuk bertahmid memuji Allah.
Nasai, Bab Menangisi Mayat, juz 4.

Hadith 5

Aisyah R.A berkata, “ Rasulullah SAW mencium dahi Uthman bin Maz’un ketika ia wafat. Waktu itu air mata menitis dari kelopak Baginda.” 
Sunan Tirmidzi,Hadth 989; Sunan Abu Daud, Hadith 3163; Ibn Majah, Hadith 1456.

Hadith 6

Diceritakan dari Anas R.A, “ Rasulullah SAW duduk di sisi kubur puterinya (Ummi Kalthum) dengan air mata bercucuran di kedua matanya seraya bersabda, “ Dia yang tidak menyentuhi isterinya malam tadi boleh turun ke dalam kubur.” Abu Talhah berkata, “ Saya!” Lalu beliau pun turun dengan perkenan Rasulullah SAW.


(Dinaqalkan daripada kitab Shamail Tirmidzi Khasail Nabawi Syarah Shamail Muhammadiyah).

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment