Saturday 1 October 2011

Nota Hati Buat Ayah

Dedikasi buat ayahanda yang dikasihi dan dicintai… Mahadun Bin Abdul  Rashid… Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 59…



Buatmu ayahanda tercinta.. Salam rindu ku kirimkan.. Salam sesuci air telaga kauthar.. Salam sayang yang harumnya bak kasturi.. Salam syahdu nyamannya sedingin embun pagi.. Salam rindu sehangat mentari waktu dhuha.. Salam penghormatan dan kasih yang tidak pernah luntur hari demi hari..  Dari anakmu yang jauh di mata, tetapi hakikatnya dekat di hati ini…

Alhamdulillah.. Aku bersyukur kepada Allah kerana Dia masih memberi peluang kepada ayah untuk bernafas di atas muka bumi ini.. Setiap hari aku berdoa moga Allah panjangkan usia ayah agar aku dapat membalas jasa dan pengorbanan yang masih belum terbalas, dan mungkin juga tak terbalas..  Terlalu banyak pengorbanan yang ayah lakukan untuk membesarkan aku dan adik-beradik lain.. Memerah keringat tanpa mengira kepenatan.. Aku sedar jasa itu terlalu besar sehingga kini masih aku tak mampu untuk membalasnya..

Ayah..
Aku mahu belajar  erti ketabahan darimu.. Ibarat segunung ketabahan dalam dirimu, kau tabah dengan pelbagai ujian yang datang tanpa melatah.. Aku tahu jauh di hatimu terbit kerisauan tika ujian datang bertamu, tapi kau hadapi dengan tenang.. Aku tahu jiwamu gelisah tatkala dugaan menghampiri, tapi kau terima dengan hati yang tabah.. Ketabahan itu ada dalam jiwa lelakimu yang terselit di sebalik ketegasanmu..

Ayah..
Aku mahu belajar erti kesabaran darimu… Tatkala dihina, dicerca kau tidak membalas kembali, tetapi kau pujuk hati agar memaafkan mereka. Kadangkala hati tak mampu menahan gelodak jiwa, gelora hati.. Kadangkala terbit jua rasa marah tapi aku tenangkan hati. Aku masih ingat pesanmu . “ Biar orang buat jahat pada kita, kita jangan membalasnya”. Aku masih pegang kata-katamu itu. Di sebalik hati dan jiwa sabarmu itu, aku pahatkan agar aku boleh pelajari dan kutip nilai kesabaran darimu.

Ayah..
Aku mahu belajar erti kekentalan darimu.. Sifat tak pernah putus asa yang kau tanamkan dalam diri apabila menghadapi sesuatu perkara.. Sanggup berpenat lelah mencari rezeki buat kami anak-anakmu.. Bekerja siang malam mencari nafkah buat keluarga.. Melupakan kesakitan di saat ditimpa sakit.. Usiamu meningkat tetapi jasadmu masih kuat..  Seakan kau lupa bahawa usiamu bukan masih muda..

Ayah..
Terima kasih atas didikan yang ayah berikan padaku selama ini.. Didikan itulah yang membentuk peribadiku ..  Terima kasih atas segala pemberian yang tidak ternilai, harta dan wang ringgit.. Belum mampu ku bayar lagi.. Terima kasih atas setiap pengorbanan yang kau berikan, pengorbananku belum mencapai tahap pengorbananmu.. Terima kasih atas kasih sayang yang kau curahkan.. Kasih sayangku belum cukup memikatmu.. Halalkan segala makan minumku, halalkan juga darahmu yang mengalir di tubuhku ini..

Ayah..
Jika hari ini aku masih tidak mampu menjadi anak yang solehah penyejuk hatimu, maafkan aku wahai ayah.. Jika hingga saat ini, aku masih ada mengguris perasaanmu, maafkan aku wahai ayah.. Jika hingga waktu ini, aku masih belum memuaskan segala keinginan dan impianmu, maafkan aku wahai ayah.. Sesungguhnya aku sudah mencuba apa yang termampu untuk menjadi anak yang solehah buatmu.. Aku sudah berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan walaupun kadangkala terbit jua alasan..  Aku sedaya upaya untuk menjaga hatimu, agar kau tidak berkecil hati denganku.. 

Maafkan aku ayah, jika aku melukakan dan megguris hatimu.. Maakan aku jika telatah dan setiap tingkah lakuku membimbangkanmu..  Sesungguhnya aku sedang memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik sebagai anakmu… Aku sedang mencuba menjadi penyejuk hati dan matamu.. Aku sedang mencuba mendidik diri menjadi anak solehah sejati... Aku berdoa dan bermohon pada Allah, agar satu hari nanti kita dipertemu di syurga kekal abadi.. Ya ALLAH, rahmatilah hidup ayahku.. Berkatilah umurnya.. Limpahkanlah rezeki buatnya.. Ampunkanlah dosanya.. Sesungguhnya aku teramat sayang padanya… SAYANG AYAH KERANA ALLAH….  

Friday 30 September 2011

Bicara Hati

Bismillah… Ku selitkan rintihan hati hamba yang hina ini agar terbit jauh di lubuk hatiku ketukan rasa yang akan membuatkanku sentiasa ingat kepadaMu ya Rabbi..

Ya Allah.. Aku yakin apa yang Kau telah takdirkan buatku ini adalah yang terbaik di sisiku, di sisi agamaku.. Mudah-mudahan keluh kesah, resah gelisah aku menerima ketentuanMu ini disertakan dengan keampunan dariMu dan akan dikira sebagai bukti lemahnya aku sebagai hambaMu yang berdosa. Semoga keresahan, kegundahan, kerisauan, kebimbangan, kesedihan yang aku alami ketika waktu-waktu tertentu di dalam menempuh ujian dan dugaan ini dinilai sebagai langkah mujahadah untuk menuju redhaMu..

Sesungguhnya aku lemah ya Allah.. Aku lemah tanpa bantuanMu.. Namun aku tetap yakin Kau mengujiku ini dengan membawa maksud yang baik dan juga punya hikmah tersembunyi. Kau tidak akan menimpakan kesusahan di luar kemampuanku untuk menanggungnya. Kerana aku yakin dengan ayat-ayatMu.. Sebagaimana firman Allah yang berbunyi:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا 

Yang bermaksud : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…

Aku memohon ya Allah.. Agar ujian ini akan menjadi tebusan bagi dosa-dosaku yang lalu, kini dan akan datang.. Sesungguhnya ujian inilah yang menusuk kalbuku lalu mengetuk pintu hatiku yang selama ini lalai dan alpa bahawa aku ini hanyalah seorang hamba yang hina..

Aku memohon padaMu ya Allah agar diriku sentiasa terbimbing dengan perkara mahmudah. Aku berdoa agar hatiku terdorong kepada perkara kebaikan.. Aku berharap agar aku sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dariMu.. Aku juga berharap agar hatiku sentiasa dipelihara olehMu.. Kerana aku amat takut kepada fitnah dunia.. Aku takut kepada maksiat yang semakin berleluasa.. Aku takut jika aku hilang kasih sayangMu… Ya Allahu Ya Rabbi… Aku berserah padaMu…. Ampunilah aku dalam aku mengejar redhaMu….

Tuesday 16 August 2011

Oh Ramadhan




Terlalu cepat masa berlalu. Tanpa sedar hari ni dah ramadhan ke 17. Ia meninggalkan kita tanpa menunggu sesaat pun. Berlalu dan terus berlalu. Adakah kesempatan waktu lagi untuk aku memperbanyak amalan, meningkatkan ibadah, memohon keampunan dariMu ya Allah. Ya Allah.. Betapa diriku lalai, alpa dengan nikmat yang dibentangkan olehMu. Aku rugi jika aku tidak merebut peluang untuk melipatgandakan pahala. Aku rugi jika aku tidak menangisi dosa-dosa lalu. Aku rugi jika aku tidak sempat memohon keampunan dariMu. Aku rugi jika aku tidak tergolong di kalangan orang yang merebut segala peluang yang Kau berikan. Ya Allah.. Kerdilnya diriku di sisiMu ya Allah. Jauhkan aku dari sifat lalai. Ampuni daku. Rahmati daku.

Wednesday 22 June 2011

Puting Beliung melanda Mersing, petanda dari Allah.

17 Jun 2011, saya digemparkan oleh satu berita yang mengejutkan. Satu kejadian puting beliung melanda 1 kawasan di daerah penempatan saya iaitu Mersing,Johor. Terkejut menerima mesej dari adik saya mengatakan puting beliung berlaku di satu kawasan pantai. Ini juga merupakan rentetan daripada ribut dan angin kencang yang melanda kawasan kampung saya beberapa hari sebelum kejadian puting beliung ini berlaku.. MasyaAllah.. Betapa peringatan Allah itu hampir dengan kita. Samada kita sedar ataupun tidak,itu yang menjadi persoalannya. Petanda dan peringatan dari Allah telah pun ada,hanya manusia yang lalai dan alpa saja tidak menghiraukan apakah mesej di sebalik peringatan yang Allah turunkan. Adakah masih di takuk yang lama, hanya memandang kejadian seperti ini hanyalah sebagai bencana alam. Atau bagi orang yang sedar, mereka akan berfikir bahawa inilah petanda bahawa Allah ingin menyedarkan manusia supaya bangkit dari kelalaian duniawi.  Bukalah mata celikkan minda. Sesungguhnya bala Allah itu tidak mengira siapapun. Jadi sedarlah wahai manusia. Jika Allah menginginkan ia berlaku, maka dengan sekelip mata ia boleh membinasakan. Tiada siapa mampu menghalang melainkan dengan kudrat Allah. Saya kira jika tiada kejadian seperti ini, manusia akan terus-terusan melakukan kemungkaran, melakukan maksiat sehingga lupa dosa dan azab yang akan diterima kelak. Sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah. Marilah kita sama-sama merenung, muhasabah diri kita. Sejauh manakah amal kebajikan yang kita sudah lakukan selama hayat kita di atas muka bumi Allah ini. Janganlah kita sombong diri, janganlah kita kufur pada nikmat yang Allah beri, janganlah kita menyangka kita orang dah hebat berada di alam yang fana ini. Ya Allah ampunkan dosaku dan dosa seluruh umat Islam di dunia ini.. Moga kita sentiasa berada di bawah rahmat kasih sayang Allah.. Peringatan untuk diri saya jua.. Wallahua'lam...



Monday 25 April 2011

Terimalah Taubatku



Malam ini sekali lagi diri ini kembali terasa lelah. Terasa dada semakin sebak. Fikiranku menerawang jauh. Lama ku fikir, lama ku termenung. Lantas air mata jernih gugur jua membasahi pipi. Mungkin kerana sudah lama terpendam. Sudah tidak mampu lagi ku tahan. Di saat ini, berlegar di fikiran dengan bermacam persoalan. Sudahkah aku menjadi hamba yang solehah? Yang taat perintah Allah? Taat perintah Rasulullah? Patuh kepada ajaran agama? Patuh pada kedua ibu bapa? Jaga hubungan sesama manusia? Hidup berlandaskan syariatNya? Sudahkah??

Astaghfirullah….. Berapa banyak dosa yang aku buat selama aku hidup di muka bumi ini? Berapa banyak kesalahan dan kesilapan yang tak terhitung lagi?    Ya Allah.. Ya Rahman Ya Rahim… Aku ini insan hina.. Aku ini insan kerdil.. Yang tiada daya melainkan dariMu.. Yang tiada kekuatan melainkan  dariMu.. Aku akui segala kelemahan yang ada pada diriku.. Aku sedari segala kesilapan dan jua dosa-dosaku.. Maka, Kau ampunkanlah dosaku dan terimalah jua taubatku.. Aku tiada siapa melainkanMu ya Allah.. Cukuplah Kau bagiku. Biar ketika aku sedih,aku mengadu padaMu. Biar ketika aku gembira,aku bersyukur padaMu…

Ya Allah, tabahkan diri hambaMu ini.. Sesungguhnya mujahadah itu bukan semudah yang disangka, tetapi aku yakin Syurga yang Kau janjikan andai aku terus tabah.. InsyaAllah..



╔♫═╗╔╗
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═? +♥♥♥♥+

♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

_¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`
´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-
████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨
█──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨
████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨
───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Ya ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘
_



Ya Allah... Aku tunduk berserah kepadaMu.. Aku menadah tangan memohon keampunan dariMu atas segala dosa-dosaku.. Aku rindu padaMu ya Allah..:'(

Saturday 23 April 2011

Bocah Cilik


Hasanah Aleeyah.. Dah semakin nakal..:) 



Najihah... Kecoh+keletah..:)


Qaisara... Genius+nakal...:)


Aini,Udin,Sakinah,Hakimi... Bijak belaka..:)

Mak Lang rindu semua..
Moga kalian membesar dengan didikan yang baik.. 
Menjadi permata Islam yang boleh memartabatkan Islam satu hari nanti..
InsyaAllah...


Damai Jiwa



Damainya jiwa mencintai Allah
Terasa nikmat yang tiada taranya
Kebahagiaan bersamaNya
Ketenangan jua dirasa

Semewah mana pun kekayaan
Semegah mana pun pangkat
Sehebat mana pun kedudukan
Menjadi begitu rendah nilainya disisiNya
Tetap tidak dapat menandingi kuasaNya

Di saat diri lelah kepenatan
Sibukkan dengan urusan agama
Mensyukuri segala nikmatNya

Di saat 1/3 malam datang menyapa
Bangunlah menghadap yang Esa
Mengadu berharap kepadaNya

Di saat hati terasa gundah
Berdoalah dengan syahdunya
Menangis melepaskan resah di jiwa

Agar jiwa tidak pernah kosong
Malah sentiasa mekar dan subur
Bersama kedamaian dan jua kebahagiaan
Cinta hakiki dari Ilahi