Friday, 30 September 2011

Bicara Hati

Bismillah… Ku selitkan rintihan hati hamba yang hina ini agar terbit jauh di lubuk hatiku ketukan rasa yang akan membuatkanku sentiasa ingat kepadaMu ya Rabbi..

Ya Allah.. Aku yakin apa yang Kau telah takdirkan buatku ini adalah yang terbaik di sisiku, di sisi agamaku.. Mudah-mudahan keluh kesah, resah gelisah aku menerima ketentuanMu ini disertakan dengan keampunan dariMu dan akan dikira sebagai bukti lemahnya aku sebagai hambaMu yang berdosa. Semoga keresahan, kegundahan, kerisauan, kebimbangan, kesedihan yang aku alami ketika waktu-waktu tertentu di dalam menempuh ujian dan dugaan ini dinilai sebagai langkah mujahadah untuk menuju redhaMu..

Sesungguhnya aku lemah ya Allah.. Aku lemah tanpa bantuanMu.. Namun aku tetap yakin Kau mengujiku ini dengan membawa maksud yang baik dan juga punya hikmah tersembunyi. Kau tidak akan menimpakan kesusahan di luar kemampuanku untuk menanggungnya. Kerana aku yakin dengan ayat-ayatMu.. Sebagaimana firman Allah yang berbunyi:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا 

Yang bermaksud : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…

Aku memohon ya Allah.. Agar ujian ini akan menjadi tebusan bagi dosa-dosaku yang lalu, kini dan akan datang.. Sesungguhnya ujian inilah yang menusuk kalbuku lalu mengetuk pintu hatiku yang selama ini lalai dan alpa bahawa aku ini hanyalah seorang hamba yang hina..

Aku memohon padaMu ya Allah agar diriku sentiasa terbimbing dengan perkara mahmudah. Aku berdoa agar hatiku terdorong kepada perkara kebaikan.. Aku berharap agar aku sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dariMu.. Aku juga berharap agar hatiku sentiasa dipelihara olehMu.. Kerana aku amat takut kepada fitnah dunia.. Aku takut kepada maksiat yang semakin berleluasa.. Aku takut jika aku hilang kasih sayangMu… Ya Allahu Ya Rabbi… Aku berserah padaMu…. Ampunilah aku dalam aku mengejar redhaMu….

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment