Saturday 1 October 2011

Nota Hati Buat Ayah

Dedikasi buat ayahanda yang dikasihi dan dicintai… Mahadun Bin Abdul  Rashid… Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 59…



Buatmu ayahanda tercinta.. Salam rindu ku kirimkan.. Salam sesuci air telaga kauthar.. Salam sayang yang harumnya bak kasturi.. Salam syahdu nyamannya sedingin embun pagi.. Salam rindu sehangat mentari waktu dhuha.. Salam penghormatan dan kasih yang tidak pernah luntur hari demi hari..  Dari anakmu yang jauh di mata, tetapi hakikatnya dekat di hati ini…

Alhamdulillah.. Aku bersyukur kepada Allah kerana Dia masih memberi peluang kepada ayah untuk bernafas di atas muka bumi ini.. Setiap hari aku berdoa moga Allah panjangkan usia ayah agar aku dapat membalas jasa dan pengorbanan yang masih belum terbalas, dan mungkin juga tak terbalas..  Terlalu banyak pengorbanan yang ayah lakukan untuk membesarkan aku dan adik-beradik lain.. Memerah keringat tanpa mengira kepenatan.. Aku sedar jasa itu terlalu besar sehingga kini masih aku tak mampu untuk membalasnya..

Ayah..
Aku mahu belajar  erti ketabahan darimu.. Ibarat segunung ketabahan dalam dirimu, kau tabah dengan pelbagai ujian yang datang tanpa melatah.. Aku tahu jauh di hatimu terbit kerisauan tika ujian datang bertamu, tapi kau hadapi dengan tenang.. Aku tahu jiwamu gelisah tatkala dugaan menghampiri, tapi kau terima dengan hati yang tabah.. Ketabahan itu ada dalam jiwa lelakimu yang terselit di sebalik ketegasanmu..

Ayah..
Aku mahu belajar erti kesabaran darimu… Tatkala dihina, dicerca kau tidak membalas kembali, tetapi kau pujuk hati agar memaafkan mereka. Kadangkala hati tak mampu menahan gelodak jiwa, gelora hati.. Kadangkala terbit jua rasa marah tapi aku tenangkan hati. Aku masih ingat pesanmu . “ Biar orang buat jahat pada kita, kita jangan membalasnya”. Aku masih pegang kata-katamu itu. Di sebalik hati dan jiwa sabarmu itu, aku pahatkan agar aku boleh pelajari dan kutip nilai kesabaran darimu.

Ayah..
Aku mahu belajar erti kekentalan darimu.. Sifat tak pernah putus asa yang kau tanamkan dalam diri apabila menghadapi sesuatu perkara.. Sanggup berpenat lelah mencari rezeki buat kami anak-anakmu.. Bekerja siang malam mencari nafkah buat keluarga.. Melupakan kesakitan di saat ditimpa sakit.. Usiamu meningkat tetapi jasadmu masih kuat..  Seakan kau lupa bahawa usiamu bukan masih muda..

Ayah..
Terima kasih atas didikan yang ayah berikan padaku selama ini.. Didikan itulah yang membentuk peribadiku ..  Terima kasih atas segala pemberian yang tidak ternilai, harta dan wang ringgit.. Belum mampu ku bayar lagi.. Terima kasih atas setiap pengorbanan yang kau berikan, pengorbananku belum mencapai tahap pengorbananmu.. Terima kasih atas kasih sayang yang kau curahkan.. Kasih sayangku belum cukup memikatmu.. Halalkan segala makan minumku, halalkan juga darahmu yang mengalir di tubuhku ini..

Ayah..
Jika hari ini aku masih tidak mampu menjadi anak yang solehah penyejuk hatimu, maafkan aku wahai ayah.. Jika hingga saat ini, aku masih ada mengguris perasaanmu, maafkan aku wahai ayah.. Jika hingga waktu ini, aku masih belum memuaskan segala keinginan dan impianmu, maafkan aku wahai ayah.. Sesungguhnya aku sudah mencuba apa yang termampu untuk menjadi anak yang solehah buatmu.. Aku sudah berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan walaupun kadangkala terbit jua alasan..  Aku sedaya upaya untuk menjaga hatimu, agar kau tidak berkecil hati denganku.. 

Maafkan aku ayah, jika aku melukakan dan megguris hatimu.. Maakan aku jika telatah dan setiap tingkah lakuku membimbangkanmu..  Sesungguhnya aku sedang memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik sebagai anakmu… Aku sedang mencuba menjadi penyejuk hati dan matamu.. Aku sedang mencuba mendidik diri menjadi anak solehah sejati... Aku berdoa dan bermohon pada Allah, agar satu hari nanti kita dipertemu di syurga kekal abadi.. Ya ALLAH, rahmatilah hidup ayahku.. Berkatilah umurnya.. Limpahkanlah rezeki buatnya.. Ampunkanlah dosanya.. Sesungguhnya aku teramat sayang padanya… SAYANG AYAH KERANA ALLAH….  

Friday 30 September 2011

Bicara Hati

Bismillah… Ku selitkan rintihan hati hamba yang hina ini agar terbit jauh di lubuk hatiku ketukan rasa yang akan membuatkanku sentiasa ingat kepadaMu ya Rabbi..

Ya Allah.. Aku yakin apa yang Kau telah takdirkan buatku ini adalah yang terbaik di sisiku, di sisi agamaku.. Mudah-mudahan keluh kesah, resah gelisah aku menerima ketentuanMu ini disertakan dengan keampunan dariMu dan akan dikira sebagai bukti lemahnya aku sebagai hambaMu yang berdosa. Semoga keresahan, kegundahan, kerisauan, kebimbangan, kesedihan yang aku alami ketika waktu-waktu tertentu di dalam menempuh ujian dan dugaan ini dinilai sebagai langkah mujahadah untuk menuju redhaMu..

Sesungguhnya aku lemah ya Allah.. Aku lemah tanpa bantuanMu.. Namun aku tetap yakin Kau mengujiku ini dengan membawa maksud yang baik dan juga punya hikmah tersembunyi. Kau tidak akan menimpakan kesusahan di luar kemampuanku untuk menanggungnya. Kerana aku yakin dengan ayat-ayatMu.. Sebagaimana firman Allah yang berbunyi:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا 

Yang bermaksud : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…

Aku memohon ya Allah.. Agar ujian ini akan menjadi tebusan bagi dosa-dosaku yang lalu, kini dan akan datang.. Sesungguhnya ujian inilah yang menusuk kalbuku lalu mengetuk pintu hatiku yang selama ini lalai dan alpa bahawa aku ini hanyalah seorang hamba yang hina..

Aku memohon padaMu ya Allah agar diriku sentiasa terbimbing dengan perkara mahmudah. Aku berdoa agar hatiku terdorong kepada perkara kebaikan.. Aku berharap agar aku sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dariMu.. Aku juga berharap agar hatiku sentiasa dipelihara olehMu.. Kerana aku amat takut kepada fitnah dunia.. Aku takut kepada maksiat yang semakin berleluasa.. Aku takut jika aku hilang kasih sayangMu… Ya Allahu Ya Rabbi… Aku berserah padaMu…. Ampunilah aku dalam aku mengejar redhaMu….

Tuesday 16 August 2011

Oh Ramadhan




Terlalu cepat masa berlalu. Tanpa sedar hari ni dah ramadhan ke 17. Ia meninggalkan kita tanpa menunggu sesaat pun. Berlalu dan terus berlalu. Adakah kesempatan waktu lagi untuk aku memperbanyak amalan, meningkatkan ibadah, memohon keampunan dariMu ya Allah. Ya Allah.. Betapa diriku lalai, alpa dengan nikmat yang dibentangkan olehMu. Aku rugi jika aku tidak merebut peluang untuk melipatgandakan pahala. Aku rugi jika aku tidak menangisi dosa-dosa lalu. Aku rugi jika aku tidak sempat memohon keampunan dariMu. Aku rugi jika aku tidak tergolong di kalangan orang yang merebut segala peluang yang Kau berikan. Ya Allah.. Kerdilnya diriku di sisiMu ya Allah. Jauhkan aku dari sifat lalai. Ampuni daku. Rahmati daku.

Wednesday 22 June 2011

Puting Beliung melanda Mersing, petanda dari Allah.

17 Jun 2011, saya digemparkan oleh satu berita yang mengejutkan. Satu kejadian puting beliung melanda 1 kawasan di daerah penempatan saya iaitu Mersing,Johor. Terkejut menerima mesej dari adik saya mengatakan puting beliung berlaku di satu kawasan pantai. Ini juga merupakan rentetan daripada ribut dan angin kencang yang melanda kawasan kampung saya beberapa hari sebelum kejadian puting beliung ini berlaku.. MasyaAllah.. Betapa peringatan Allah itu hampir dengan kita. Samada kita sedar ataupun tidak,itu yang menjadi persoalannya. Petanda dan peringatan dari Allah telah pun ada,hanya manusia yang lalai dan alpa saja tidak menghiraukan apakah mesej di sebalik peringatan yang Allah turunkan. Adakah masih di takuk yang lama, hanya memandang kejadian seperti ini hanyalah sebagai bencana alam. Atau bagi orang yang sedar, mereka akan berfikir bahawa inilah petanda bahawa Allah ingin menyedarkan manusia supaya bangkit dari kelalaian duniawi.  Bukalah mata celikkan minda. Sesungguhnya bala Allah itu tidak mengira siapapun. Jadi sedarlah wahai manusia. Jika Allah menginginkan ia berlaku, maka dengan sekelip mata ia boleh membinasakan. Tiada siapa mampu menghalang melainkan dengan kudrat Allah. Saya kira jika tiada kejadian seperti ini, manusia akan terus-terusan melakukan kemungkaran, melakukan maksiat sehingga lupa dosa dan azab yang akan diterima kelak. Sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah. Marilah kita sama-sama merenung, muhasabah diri kita. Sejauh manakah amal kebajikan yang kita sudah lakukan selama hayat kita di atas muka bumi Allah ini. Janganlah kita sombong diri, janganlah kita kufur pada nikmat yang Allah beri, janganlah kita menyangka kita orang dah hebat berada di alam yang fana ini. Ya Allah ampunkan dosaku dan dosa seluruh umat Islam di dunia ini.. Moga kita sentiasa berada di bawah rahmat kasih sayang Allah.. Peringatan untuk diri saya jua.. Wallahua'lam...



Monday 25 April 2011

Terimalah Taubatku



Malam ini sekali lagi diri ini kembali terasa lelah. Terasa dada semakin sebak. Fikiranku menerawang jauh. Lama ku fikir, lama ku termenung. Lantas air mata jernih gugur jua membasahi pipi. Mungkin kerana sudah lama terpendam. Sudah tidak mampu lagi ku tahan. Di saat ini, berlegar di fikiran dengan bermacam persoalan. Sudahkah aku menjadi hamba yang solehah? Yang taat perintah Allah? Taat perintah Rasulullah? Patuh kepada ajaran agama? Patuh pada kedua ibu bapa? Jaga hubungan sesama manusia? Hidup berlandaskan syariatNya? Sudahkah??

Astaghfirullah….. Berapa banyak dosa yang aku buat selama aku hidup di muka bumi ini? Berapa banyak kesalahan dan kesilapan yang tak terhitung lagi?    Ya Allah.. Ya Rahman Ya Rahim… Aku ini insan hina.. Aku ini insan kerdil.. Yang tiada daya melainkan dariMu.. Yang tiada kekuatan melainkan  dariMu.. Aku akui segala kelemahan yang ada pada diriku.. Aku sedari segala kesilapan dan jua dosa-dosaku.. Maka, Kau ampunkanlah dosaku dan terimalah jua taubatku.. Aku tiada siapa melainkanMu ya Allah.. Cukuplah Kau bagiku. Biar ketika aku sedih,aku mengadu padaMu. Biar ketika aku gembira,aku bersyukur padaMu…

Ya Allah, tabahkan diri hambaMu ini.. Sesungguhnya mujahadah itu bukan semudah yang disangka, tetapi aku yakin Syurga yang Kau janjikan andai aku terus tabah.. InsyaAllah..



╔♫═╗╔╗
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═? +♥♥♥♥+

♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

_¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`
´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-
████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨
█──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨
████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨
───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Ya ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘
_



Ya Allah... Aku tunduk berserah kepadaMu.. Aku menadah tangan memohon keampunan dariMu atas segala dosa-dosaku.. Aku rindu padaMu ya Allah..:'(

Saturday 23 April 2011

Bocah Cilik


Hasanah Aleeyah.. Dah semakin nakal..:) 



Najihah... Kecoh+keletah..:)


Qaisara... Genius+nakal...:)


Aini,Udin,Sakinah,Hakimi... Bijak belaka..:)

Mak Lang rindu semua..
Moga kalian membesar dengan didikan yang baik.. 
Menjadi permata Islam yang boleh memartabatkan Islam satu hari nanti..
InsyaAllah...


Damai Jiwa



Damainya jiwa mencintai Allah
Terasa nikmat yang tiada taranya
Kebahagiaan bersamaNya
Ketenangan jua dirasa

Semewah mana pun kekayaan
Semegah mana pun pangkat
Sehebat mana pun kedudukan
Menjadi begitu rendah nilainya disisiNya
Tetap tidak dapat menandingi kuasaNya

Di saat diri lelah kepenatan
Sibukkan dengan urusan agama
Mensyukuri segala nikmatNya

Di saat 1/3 malam datang menyapa
Bangunlah menghadap yang Esa
Mengadu berharap kepadaNya

Di saat hati terasa gundah
Berdoalah dengan syahdunya
Menangis melepaskan resah di jiwa

Agar jiwa tidak pernah kosong
Malah sentiasa mekar dan subur
Bersama kedamaian dan jua kebahagiaan
Cinta hakiki dari Ilahi 

Friday 22 April 2011

Imtihan Qarib Jiddan!!

Subjek yang bakal ditempuhi beberapa hari saja lagi...


25 APRIL  - HIFZUL QURAN 
28 APRIL  - ENTREPRENUERSHIP
29 APRIL  - RESEARCH METHODOLOGY
3 MEI       - ISLAM AND CURRENT ISSUE
6 MEI       - KAJIAN QURAN DAN HADITH DI ERA ICT
10 MEI      - KAJIAN HADIS DHAIF DAN MAUDU'
11 MEI       - HADITH 2
12 MEI      - SUNNAH, BID;AH, KHURAFAT


YA ALLAH...Berilahku kefahaman para anbiya', tenangkan hatiku, lapangkan dadaku.. Mudahkan segala urusan.. Bukakan mindaku dan permudahkanku untuk melontar segala ilmu yang telah ku pelajari... Amin... Faiza azamta fatawakkal 'alallah.. Buat sahabat seperjuangan jua... Moga dipermudahkan segala urusan... Bittaufiq Wan Najah....

Saturday 9 April 2011

Duhai Sahabat



Salam sahabatku...
Hidup ini sebuah perjuangan, dan rasailah ia juga seperti satu pertempuran..
Jagalah solat, kerana padanya nilai hubungan kita pada Allah..
Jangan sekali-kali kita melewatkan solat kerana satu pekerjaan yang sia-sia..
Apatah lagi mensia-siakan hidup dengan meninggalkan solat..
 
Wahai wanita,
Jagalah auratmu kerana disitulah maruahmu dan nilai harga dirimu...
Apatah lagi erti dirimu jika semua kau perlihatkan, senyuman manja kau lemparkan untuk lelaki ajnabi..
Gaya tubuhmu yang menarik akan mempesona lelaki dan terlihat dari jasadmu gambaran indah kau tidak berbaju..

Jagalah wahai sahabat-sahabatku..
Kerana kau bakal menjadi pendamping..
Kau bakal menjadi pembakar semangat..
Kau bakal menjadi tulang belakang..
Kau bakal menjadi sandaran..
dan kau bakal menjadi obor pembakar semangat suami pergi menegakkan kalimah Allah.

Bagaimanakah tarbiyah yang akan kau curahkan atas bakal keluargamu..
Yang membentuk masyarakat Islam seterusnya pemimpin bangsa..
Jika dirimu tidak terjaga..
Sama-sama kita memartabatkan Islam..
Bermula dari dalam diri..
Seterusnya keluarga dan ummah..

Andai kita tidak mampu menggegar dunia seperti Sumaiyah yang sanggup mati tersula demi Islam tercinta..
Ayuh kita jadikan diri ini sebagai dinding terciptanya mahligai Islam dengan membina keluarga Islam dan menjadi isteri setia yang sentiasa mengerah tenaga suami untuk berbakti untuk Islam..
Kita tidak akan dapat jadi seperti itu jika hari ini kita tidak menjadi yang terbaik!!!!
Mari sahabat-sahabat kita kosongkan kebatilan di dunia yang dikejar-kejar perakus dan sang-sang tamak yang sanggup mati dan menjual diri kerananya..

*Kredit to Nazliah




Friday 8 April 2011

Wahai Gadisku



Gadisku…
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik…
Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang…
Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu…
Namun.... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar…
Dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang...
Tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya....


Gadisku....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar…
Aspirasi setiap mujahidah…
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk .....
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya…
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah....
Umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup...
Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…
Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...
Namun ... ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mecabar rasa keimanan yang ada ...
Namun ingatlah gadisku.... sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah....

Gadisku ....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...
Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu...
Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....
Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.....
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu..

Gadisku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani….
Namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta ...
Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai….
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT ...
Sebelum kau mendekati cinta…
Cintailah Allah.. Cintailah Rasulullah..Cintailah dirimu jua terlebih dahulu…
Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik…
Yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah…
Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu...

Gadisku......
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi…
Kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali…. 
Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syahsiah muslimahmu...
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat…
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama…. 
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri.."

Wallahua'lam..

Thursday 7 April 2011

Bila Imtihan Kian Hampir!!




Every New Semester:



After First Week:



After Second Week:



Before the Mid-Term Test:



During the Mid-Term Test:



After the Mid-Term Test:




Before the Final Exams:



Once Get to Know the Final Exam Schedule:




7 Days Before the Final Exam:




6 Days Before the Final Exam:




5 Days Before the Final Exam: image




4 Days Before the Final Exam: image




3 Days Before the Final Exam: image





2 Days Before the Final Exam: image




1 Day Before the Final Exam: image




The Night Before the Final Exam: image




1 Hour Before the Final Exam: image




During the Final Exam: image




Once Walk Out From the Examination Hall: image




After the Final Exam, During the Holiday: image