Monday 25 April 2011

Terimalah Taubatku



Malam ini sekali lagi diri ini kembali terasa lelah. Terasa dada semakin sebak. Fikiranku menerawang jauh. Lama ku fikir, lama ku termenung. Lantas air mata jernih gugur jua membasahi pipi. Mungkin kerana sudah lama terpendam. Sudah tidak mampu lagi ku tahan. Di saat ini, berlegar di fikiran dengan bermacam persoalan. Sudahkah aku menjadi hamba yang solehah? Yang taat perintah Allah? Taat perintah Rasulullah? Patuh kepada ajaran agama? Patuh pada kedua ibu bapa? Jaga hubungan sesama manusia? Hidup berlandaskan syariatNya? Sudahkah??

Astaghfirullah….. Berapa banyak dosa yang aku buat selama aku hidup di muka bumi ini? Berapa banyak kesalahan dan kesilapan yang tak terhitung lagi?    Ya Allah.. Ya Rahman Ya Rahim… Aku ini insan hina.. Aku ini insan kerdil.. Yang tiada daya melainkan dariMu.. Yang tiada kekuatan melainkan  dariMu.. Aku akui segala kelemahan yang ada pada diriku.. Aku sedari segala kesilapan dan jua dosa-dosaku.. Maka, Kau ampunkanlah dosaku dan terimalah jua taubatku.. Aku tiada siapa melainkanMu ya Allah.. Cukuplah Kau bagiku. Biar ketika aku sedih,aku mengadu padaMu. Biar ketika aku gembira,aku bersyukur padaMu…

Ya Allah, tabahkan diri hambaMu ini.. Sesungguhnya mujahadah itu bukan semudah yang disangka, tetapi aku yakin Syurga yang Kau janjikan andai aku terus tabah.. InsyaAllah..



╔♫═╗╔╗
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═? +♥♥♥♥+

♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

_¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`
´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-
████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨
█──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨
████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨
───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Ya ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘
_



Ya Allah... Aku tunduk berserah kepadaMu.. Aku menadah tangan memohon keampunan dariMu atas segala dosa-dosaku.. Aku rindu padaMu ya Allah..:'(

Saturday 23 April 2011

Bocah Cilik


Hasanah Aleeyah.. Dah semakin nakal..:) 



Najihah... Kecoh+keletah..:)


Qaisara... Genius+nakal...:)


Aini,Udin,Sakinah,Hakimi... Bijak belaka..:)

Mak Lang rindu semua..
Moga kalian membesar dengan didikan yang baik.. 
Menjadi permata Islam yang boleh memartabatkan Islam satu hari nanti..
InsyaAllah...


Damai Jiwa



Damainya jiwa mencintai Allah
Terasa nikmat yang tiada taranya
Kebahagiaan bersamaNya
Ketenangan jua dirasa

Semewah mana pun kekayaan
Semegah mana pun pangkat
Sehebat mana pun kedudukan
Menjadi begitu rendah nilainya disisiNya
Tetap tidak dapat menandingi kuasaNya

Di saat diri lelah kepenatan
Sibukkan dengan urusan agama
Mensyukuri segala nikmatNya

Di saat 1/3 malam datang menyapa
Bangunlah menghadap yang Esa
Mengadu berharap kepadaNya

Di saat hati terasa gundah
Berdoalah dengan syahdunya
Menangis melepaskan resah di jiwa

Agar jiwa tidak pernah kosong
Malah sentiasa mekar dan subur
Bersama kedamaian dan jua kebahagiaan
Cinta hakiki dari Ilahi 

Friday 22 April 2011

Imtihan Qarib Jiddan!!

Subjek yang bakal ditempuhi beberapa hari saja lagi...


25 APRIL  - HIFZUL QURAN 
28 APRIL  - ENTREPRENUERSHIP
29 APRIL  - RESEARCH METHODOLOGY
3 MEI       - ISLAM AND CURRENT ISSUE
6 MEI       - KAJIAN QURAN DAN HADITH DI ERA ICT
10 MEI      - KAJIAN HADIS DHAIF DAN MAUDU'
11 MEI       - HADITH 2
12 MEI      - SUNNAH, BID;AH, KHURAFAT


YA ALLAH...Berilahku kefahaman para anbiya', tenangkan hatiku, lapangkan dadaku.. Mudahkan segala urusan.. Bukakan mindaku dan permudahkanku untuk melontar segala ilmu yang telah ku pelajari... Amin... Faiza azamta fatawakkal 'alallah.. Buat sahabat seperjuangan jua... Moga dipermudahkan segala urusan... Bittaufiq Wan Najah....

Saturday 9 April 2011

Duhai Sahabat



Salam sahabatku...
Hidup ini sebuah perjuangan, dan rasailah ia juga seperti satu pertempuran..
Jagalah solat, kerana padanya nilai hubungan kita pada Allah..
Jangan sekali-kali kita melewatkan solat kerana satu pekerjaan yang sia-sia..
Apatah lagi mensia-siakan hidup dengan meninggalkan solat..
 
Wahai wanita,
Jagalah auratmu kerana disitulah maruahmu dan nilai harga dirimu...
Apatah lagi erti dirimu jika semua kau perlihatkan, senyuman manja kau lemparkan untuk lelaki ajnabi..
Gaya tubuhmu yang menarik akan mempesona lelaki dan terlihat dari jasadmu gambaran indah kau tidak berbaju..

Jagalah wahai sahabat-sahabatku..
Kerana kau bakal menjadi pendamping..
Kau bakal menjadi pembakar semangat..
Kau bakal menjadi tulang belakang..
Kau bakal menjadi sandaran..
dan kau bakal menjadi obor pembakar semangat suami pergi menegakkan kalimah Allah.

Bagaimanakah tarbiyah yang akan kau curahkan atas bakal keluargamu..
Yang membentuk masyarakat Islam seterusnya pemimpin bangsa..
Jika dirimu tidak terjaga..
Sama-sama kita memartabatkan Islam..
Bermula dari dalam diri..
Seterusnya keluarga dan ummah..

Andai kita tidak mampu menggegar dunia seperti Sumaiyah yang sanggup mati tersula demi Islam tercinta..
Ayuh kita jadikan diri ini sebagai dinding terciptanya mahligai Islam dengan membina keluarga Islam dan menjadi isteri setia yang sentiasa mengerah tenaga suami untuk berbakti untuk Islam..
Kita tidak akan dapat jadi seperti itu jika hari ini kita tidak menjadi yang terbaik!!!!
Mari sahabat-sahabat kita kosongkan kebatilan di dunia yang dikejar-kejar perakus dan sang-sang tamak yang sanggup mati dan menjual diri kerananya..

*Kredit to Nazliah




Friday 8 April 2011

Wahai Gadisku



Gadisku…
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik…
Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang…
Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu…
Namun.... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar…
Dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang...
Tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya....


Gadisku....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar…
Aspirasi setiap mujahidah…
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk .....
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya…
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah....
Umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup...
Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…
Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...
Namun ... ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mecabar rasa keimanan yang ada ...
Namun ingatlah gadisku.... sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah....

Gadisku ....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...
Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu...
Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....
Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.....
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu..

Gadisku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani….
Namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta ...
Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai….
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT ...
Sebelum kau mendekati cinta…
Cintailah Allah.. Cintailah Rasulullah..Cintailah dirimu jua terlebih dahulu…
Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik…
Yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah…
Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu...

Gadisku......
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi…
Kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali…. 
Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syahsiah muslimahmu...
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat…
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama…. 
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri.."

Wallahua'lam..

Thursday 7 April 2011

Bila Imtihan Kian Hampir!!




Every New Semester:



After First Week:



After Second Week:



Before the Mid-Term Test:



During the Mid-Term Test:



After the Mid-Term Test:




Before the Final Exams:



Once Get to Know the Final Exam Schedule:




7 Days Before the Final Exam:




6 Days Before the Final Exam:




5 Days Before the Final Exam: image




4 Days Before the Final Exam: image




3 Days Before the Final Exam: image





2 Days Before the Final Exam: image




1 Day Before the Final Exam: image




The Night Before the Final Exam: image




1 Hour Before the Final Exam: image




During the Final Exam: image




Once Walk Out From the Examination Hall: image




After the Final Exam, During the Holiday: image

Monday 4 April 2011

Jika Terjatuh Cinta


Saya bertanya kepada emak,
"Mana satu pilihan hati,yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab,"dua-dua bukan,,"
Saya tercengang.Mak mengukir senyuman

"Pilihan mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah"
Saya menarik nafas dalam-dalam

"Macam mana nak tau orang tue sayang kita kerana apa?"
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah".Mak merenung dalam2 wajah anaknya."Kerana Hanya Allah mampu membaca hatiNya."Mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang itu".Saya memintas,"Tak faham"


Mak menyambung,"Cinta di jalan Allah,bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah."Mak menyambung lagi ,"Begini,setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tue."Wajah saya merah,sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.Mak menyambung,"Setiap manusia Allah telah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah,siapakah jodohnya itu?"mak berhenti seketika.Saya tunduk malu,cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.


SECRET ADMIRE
"Kakak,mak dulu masa besar ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat . Masa tue mak tahu bercinta sebelum kahwin nie tak halal. Dan masa tue mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kene seksa dalam kubur. Mak sedar mak anak yatim,anak orang miskin,adik beradik ramai. Mak nak belajar bersungguh-sungguh. Lama budak tue tunggu mak. Akhirnya,mak bagi kata putus,mak hanya akan membalas dia jika dia sah suami mak. Dan dia bukan jodoh mak,maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu"Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak,semakin berminat dengan kisah lama emak."Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?"saya menyoal sambil memandang tajam wajah emak.

Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada,mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan itu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak seperti kakak"Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya."Mak anak ustaz,ustazah. Tapi zaman tue ustaz ustazahnya berkebaya pendek dan ketat.Tok wan mak,kiyai..mungkin berkat doa keturunan sebelum ini yang soleh-soleh,hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada siapa yang mendorong.Bila di sekolah mak pelajar pertama yang bertudung.Mak membawa imej agama.Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya.Zaman tudung nipis dan nampak jambul.Kemudian kawan-kawan mak ikut sikit2 bertudung.Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan.Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya,"emak melemparkan pandangannya ke lantai.

"Selepas tue ustazah jumpa kami secara persendirian.Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami.Dia suruh kami teruskan,"sambung emak.Ada getar di hujung suara emak.

Kisah perjuangan emak di sekolah dahulu sikit2 emak ceritakan pada saya.Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak,mak menjadi tempat rujukan kawan2 mak.Jadi,bila mak nak ambil sesuatu tindakan,mak kene fikir sama ada tindakan mak tue akan menyebabkan Allah marah atau tidak.Mak ayah berdosa atau tak?Dan maruah pembawa agama terjejas atau tak?Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi,bermakna mak sedang menconteng arang di muka2 pembawa2 agama.

Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan itu hanya sorang dua yang buat.Besar fitnah akan timbul apabila orang2 agama mengambil ringan batas syariat...duhai anak,"mak menelan air liurnya.Saya diam.Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


ADAKAH IA SATU DISKRIMINASI?
"Kakak.Jatuh cinta perkara biasa.Apabila kita jatuh cinta pada seseorang itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang itu.Apatah lagi orang yang kita cinta itu di atas jalan dakwah ini.Tetapi kita kena ingat.Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.Bercouple mungkin.Tetapi bukan berkahwin.Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita,jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali.Dan tak mustahil orang yang paling kita benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..".Tiba-tiba air mata saya mengalir.Argh!!Ego saya kalah bila mendengar hujah mak.Emak meneruskan."Allah itu Maha Adil,Dia tak pernah menzalimi hambaNYA,Sesungguhnya yang menzalimi hambaNYA ialah diri hamba itu sendiri.Sebabnya hamba tu degil.Dia mahukan yang bukan haknya,yang bukan milik dia.Mencintai seseorang tak semesti memilikinya.

Dalam islam,kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.Jadi,apabila kita mencintai saudara perempuan,kita bebas peluk dia.Tetapi bila dengan lelaki,kita ada batas-batasnya.Orang kafir kata batas-batas nie datu diskriminasi,tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan,kita mengenali seorang insan yang amat baik,sempurna agamanya dan rajin.Lalu kita jatuh hati padanya.Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain,dan kita pula dengan yang lain.Tetapi itu tidak bermakna ukhuwwah antara kita dan dia terputus.Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.Perbezaannya dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita,dia tetap lelaki ajnabi seperti awalnya."emak berhenti seketika.


BUKAN LUAR BIASA
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini."Kakak,jadi di sini mak nak kakak faham,jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukanlah satu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.Kerana itulah ramai isteri yang curang,suami yang curang.Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.

Apa yang paling penting ialah kita kene perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta,jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada pencipta dia.Kita bagitahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah,kerana itu kita mencintai si dia.Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,beritahu pada diri kita benci sekian2 hal kerana Allah semata-mata.

"Kakak,hati kita nie,walaupun dalam dada kita sendiri,ia tetap bukan milik kita.Kita tak mampu untuk mengawalnya.Hanya Allah yang boleh memegangnya.Sebab tue kita kena dekatkan diri dengan Allah.Sebab kita nak dia pegang kukuh2 hati kita.Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita,itulah nikmat lazatnya bercinta.Masa tue biarpun,satu dunia menyakiti kita,kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.
Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia.Kerana tentulah pengalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin,hodoh,cacat dan dungu.Betapa nikmatnya cinta Allah,hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

REDHA
 "Kakak,walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak,terimalah dengan hati yang Redha.Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.Kalau yang kakak sayang tak jadi hal lah.Tapi kalau dapat yang kakak tak nak,lantaran kelemahan yang ada pada diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing2 .Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat2 perlukan yang satu dunia tak mampu berikan pada kakak.Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur."Sekali lagi berjujuran air mata saya turun.Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat.Pelukan emak sangat2 kuat."Emak dah didik anak mak dari belum lahir untuk mencintai Allah...sekarang emak serahkan anak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara".Emak mengakhiri kata2nya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.



"Ya Allah,sekiranya aku jatuh cinta,maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"