Friday 1 April 2011

Amanah dari kekasih Allah





1.Hendaklah banyak dan selalu bersembahyang sunat Taubat setiap kali atau sebaik sahaja melakukan dosa atau ketika merasa diri berdosa.Bertaubat hendaklah bersungguh-sungguh dan menangislah, sebaik-baiknya sehingga mengeluarkan air mata, berasa takut dengan azab Allah yang Maha dahsyat itu.

2. Banyakkanlah menangis dan mengadukan hal kepada Allah kerana mengenangkan dosa.

3. Bermunajatlah (berdialoglah) secara langsung dengan Allah di waktu sendirian ketika sunyi (di tempat sunyi) kerana cara itu hijab dengan Allah itu terbuka.Dalam munajat itu mintalah supaya mati dalam di dalam beriman dan Islam dan supaya Allah membantu kita yang lemah ini.

4.Hendaklah menjauhi semua perkara yang haram dan makruh sama ada perkara zahir mahupun batin.

5.Sentiasalah dalam berkeadaan berwudhuk. Sekiranya terbatal, maka diambil semula. Orang yang berhadas, walaupun hadas kecil (tidak berwudhuk) akan terhijab dirinya daripada Allah.

6. Jangan menggunakan lidah untuk perkataan yang sia-sia. Hendaklah lidah dibasahi dengan selawat lantaran rindu kepada Rasulullah SAW. Sesiapa yang selalu berselawat kerana rindu kepada Rasulullah SAW, barulah Rasulullah SAW akan rindu kepadanya. Sesiapa yang mencintai Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW pun akan cinta kepadanya dan di akhirat baginda akan memberikan syafaat.

7. Perbanyakkanlah sembahyang sunat Dhuha kerana ia boleh menenangkan hati. Setelah sembahyang Dhuha ikutilah pula dengan membaca Al-Quran. Bacalah Al-Quran sebanyak mungkin yang kamu termampu.

8. Hendaklah redha dengan Allah. Sesiapa yang tidak redha dengan Allah, maka di dalam hadis Qudsi, Allah telah mencabar supaya mencari Tuhan lain selain daripada-Nya. Hendaklah redha dengan Rasulullah SAW


9. Hidupkan malam dengan beribadah kepada Allah, munajat, mengenang dosa dan bertaubat sebanyak-banyaknya. Sesiapa yang tidur banyak di waktu malam bererti dia lalai daripada mengingati Allah. Malam adalah masa yang terbuka hijab di antara hamba dan Allah.

10. Hati kita jangan dibiarkan lalai, hendaklah sentiasa beristighfar, bertasbih dan berwirid.

11.Jangan berhutang. Kalau berhutang, jelaskan segera walaupun 10 sen. Kerana sesiapa yang mati walaupun mati syahid, sedang dia menanggung hutang, maka ia tidak akan dapat masuk syurga.

12.Sentiasalah ingat akan mati kerana orang yang ingat mati dekat dengan Allah. Orang yang cerdik itu adalah orang yang selalu mengingati mati.

13. Hendaklah bersangka baik dengan orang lain (sahabat).

14. Redhalah dengan sebarang takdir ketentuan Allah yang menimpa sama ada perkara itu baik atau buruk.

15. Setiap kali mengakhiri doa, akhirilah dengan berdoa untuk semua guru-guru kamu,ibu bapa,ahli keluarga,sahabat dan orang yang kamu kenali.


Wallahua'lam...

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment