Wednesday 22 June 2011

Puting Beliung melanda Mersing, petanda dari Allah.

17 Jun 2011, saya digemparkan oleh satu berita yang mengejutkan. Satu kejadian puting beliung melanda 1 kawasan di daerah penempatan saya iaitu Mersing,Johor. Terkejut menerima mesej dari adik saya mengatakan puting beliung berlaku di satu kawasan pantai. Ini juga merupakan rentetan daripada ribut dan angin kencang yang melanda kawasan kampung saya beberapa hari sebelum kejadian puting beliung ini berlaku.. MasyaAllah.. Betapa peringatan Allah itu hampir dengan kita. Samada kita sedar ataupun tidak,itu yang menjadi persoalannya. Petanda dan peringatan dari Allah telah pun ada,hanya manusia yang lalai dan alpa saja tidak menghiraukan apakah mesej di sebalik peringatan yang Allah turunkan. Adakah masih di takuk yang lama, hanya memandang kejadian seperti ini hanyalah sebagai bencana alam. Atau bagi orang yang sedar, mereka akan berfikir bahawa inilah petanda bahawa Allah ingin menyedarkan manusia supaya bangkit dari kelalaian duniawi.  Bukalah mata celikkan minda. Sesungguhnya bala Allah itu tidak mengira siapapun. Jadi sedarlah wahai manusia. Jika Allah menginginkan ia berlaku, maka dengan sekelip mata ia boleh membinasakan. Tiada siapa mampu menghalang melainkan dengan kudrat Allah. Saya kira jika tiada kejadian seperti ini, manusia akan terus-terusan melakukan kemungkaran, melakukan maksiat sehingga lupa dosa dan azab yang akan diterima kelak. Sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah. Marilah kita sama-sama merenung, muhasabah diri kita. Sejauh manakah amal kebajikan yang kita sudah lakukan selama hayat kita di atas muka bumi Allah ini. Janganlah kita sombong diri, janganlah kita kufur pada nikmat yang Allah beri, janganlah kita menyangka kita orang dah hebat berada di alam yang fana ini. Ya Allah ampunkan dosaku dan dosa seluruh umat Islam di dunia ini.. Moga kita sentiasa berada di bawah rahmat kasih sayang Allah.. Peringatan untuk diri saya jua.. Wallahua'lam...