Tuesday 29 March 2011

Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan..

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami" 

Kita dan kehidupan kita



 Akhi ukhti,
Jenguklah sebentar hakikat ‘ubudiyahmu
Berpalinglah dari kotoran hidup yang melemaskan
Simpulan hajat yang memperdayakan
Kata yang tidak dikota
Cita-cita yang tidak pernah diusahakan
Hawa nafsu yang sentiasa memenangi dan…
Kumpulkan segala nafasmu
Bekalan yang membantu

Ikhwan yang sentiasa bersatu
Kesetiaan yang tidak pernah layu
Iman dan fikrah yang sentiasa menunjang hidupmu
Pandanglah kehadapan!!

Akhi ukhti,
Berdiamlah sebentar
Ajarlah dirimu melihat kenyataan hidup
Hakikat,kesusahan dan kebiasaan kehidupan ini
Kemanisannya adalah pada kesusahannya
Yang  memenuhi erti perjuangan
Yang menyalakan keimanan
Yang memantapkan keazaman
Perjuangan ini

Akhi ukhti,
Tolehlah kebelakangmu
Masa-masa kita mengukir sejarah hidup bersama
Menangis dan ketawa,ingat dan lupa
Qawiy dan futur,bahagia dan derita
Di hadapanmu ada hakikat
Ummah yang bermasalah
Onak dan duri di persada tarbiyah
Tuntutan dirimu untuk terus jiddiyah
Peningkatan diri yang tak terarah
Adakah lagi ruang menanti??

Akhi ukhti,
Barisanmu hari ini
Adalah murabbi dan murabbiah dimasa nanti
Lihatlah dengan mata yang terbuka
Sirah ar-Rasul
Kesabaran dan kematangan
Kesusahan dan penderitaan
Kebijaksanaan dan kesetiaan
Kehidupan yang bagaimanakah lagi yang engkau hajati??
Alangkah indahnya
Jika hati-hati kita dapat merasai kasih sayang dan ukhuwah yang sejati…

Thursday 24 March 2011

Patah Hati



Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Kemanakah hilangnya

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri

Bukankah Tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah Tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang

Thursday 17 March 2011

Tangisan Rasulullah SAW

Manusia menangis kerana suatu sebab. Adakala tangisan menitis kerana rasa belas kasihan dan kemurahan, ada kerana takut, ada kerana kasih sayang dan adakala kerana terlalu gembira, kerana terlalu sakit atau duka, ada kerana dizalimi orang. Ada juga tangisan kerana bertaubat atas dosa yang dilakukan. Ada satu jenis tangisan semasa solat agarseseorang itu Nampak warak, tawaduk dan sebagainya, itu adalah nifaq. Sebagaimana yang akan disebut di dalam atau kerana fikir atas ummah atau kerana merindui Allah. Hanya tangisan sebegini yang dipuji. Para Masyaikh telah menulis ada sejenis tangisan yang dipanggil pura-pura iaitu menangis lantaran telah melakukan dosa tetapi tidak berusaha memelihara diri dari dosa itu. Ahli Tafsir Hadith menulis, Daud Alaihissalam menangis kerana sedih, Ibrahim Alaihissalam menangis kerana rindu dan Rasulullah SAW menangis kerana cinta. Kerana cinta Baginda sering menangis di waktu malam jika tidak Baginda menangis lantaran sebab-sebab yang disebutkan tadi. Justeru pelbagai riwayat disiarkan. Penyusun memaparkan 6 buah hadith dalam bab ini.

Hadith 1

Abdullah bin Shikkir R.A berkata: “Daku telah pergi ke majlis Rasulullah SAW tatkala Baginda sedang solat. Kedengaran tangisan seperti bunyi cerek mendidih dari dada beliau.” 
Sunan Abu Daud, Bab Solat.

Hadith 2

Abdullah bin Mas’ud R.A berkata: “ Rasulullah SAW pernah meminta saya membacakan al-Quran kepadanya. (Mungkin Baginda boleh lebih bertafakkur melalui mendengar atau mungkin berbagai sebab-sebab lain, misalnya mendenagr al-Quran dikira sunnah kerana ia dilakukan oleh Nabi SAW). Saya berkata, “patutkah saya membacanya kepadamu wahai Rasulullah,sedangkan ia diturunkan kepada tuan?” Rasulullah SAW bersabda, “Daku lebih suka mendengarnya dari orang lain.” Maka saya pun membaca Surah An-Nisa’( dari suku akhir juz ke 4). Apabila saya tiba pada ayat “ Maka bagaimanakah (mereka) apabila Kami datangkan setiap umat seorang saksi dan Kami datangkan kamu ( Muhammad) sebagai saksi ke atas mereka.” (an-Nisa’ 4: 41).  “Daku melihat air mata berlinangan dari kedua kelopak mata Baginda.” 
Sunan Tirmidzi, Bab Tafsir, hadith 3028; Shaikhani, Abu Daud dan Nasai.

Hadith 3

Abdullah bin Umar R.A memberitakan : “ Gerhana matahari pernah berlaku pada masa Rasulullah SAW pergi ke masjid mendirikan solatdan qiam begitu lama higga kami kira beliau tidak akan ruku’(menurut jumhur ulama’ tahun ke 10H). (Dalam riwayat lain disebut Baginda membaca surah al-Baqarah). Kemudian Baginda ruku’ seolah-olah tidak akan sujud kerana panjangnya. Selepas itu Baginda sujud lama seperti tidak akan bangkit lagi. Ringkasnya setiap rukun dilakukan dengan cara begitu sehingga tamat. Kerana takutnya, Baginda bernafas dengan kuat, menangis seraya merayu kepada Allah. Ya Allah, Engkau telah berjanji tidak akan azab mereka selagi daku ada di kalangan mereka. Ya Allah, bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa selagi mereka beristighfar, mereka tidak akan diseksa dan kami beristighfar kepadaMu.” (Permohonan Nabi SAW merujuk kepada ayat “ Dan Allah tidak akan mengazab sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah Allah akan azab mereka, sedang mereka memohon istighfar.”) (al-Anfal: 8:33)
Setelah Rasulullah SAW selesai solat, matahari pun bersinar kembali. Baginda SAW lalu berkhutbah. Setelah mengucap hamd dan thana, Baginda menyebut bahawa gerhana matahari dan bulan bukan disebabkan kematian atau kelahiran seseorang tetapi keduanya adalah di antara tanda-tanda kebesaran Allah. ( Selaku amaran agar manusia takut kepadaNya.) Apabila berlaku gerhana segeralah mengingati Allah( denagn beristighfar dan mengerjakan solat).
Nasai, Bab Solatul Khusuf.

Hadith 4

Ibnu Abbas R.A berkata salah seorang anak perempuan Rasulullah SAW sakit tenat. Baginda memangku dan meletaknya di atas riba. Anak itu pun wafat di hadapan Baginda. Ummu Aiman( seorang jariah Baginda) mula berteriak menangis. Maka Nabi SAW bersabda, “ Apakah kamu meratap di samping Rasul Allah?” (Padahal Baginda juga berlinangan air mata). Dia berkata, “ Tidakkah saya lihat tuan juga menangis?” Sabda Nabi SAW, “ Tangisan seumpama initidak dilarang. Ia adalah rahmat Allah. (Dia melembutkan hati hamba-hambaNya dan melahirkan belas dan kasih dalam mereka). Baginda bersabda, “ Bagi orang mukmin itu khair alam apa jua keadaaan walaupun rohnya akan diambil keluar, dia sibuk bertahmid memuji Allah.
Nasai, Bab Menangisi Mayat, juz 4.

Hadith 5

Aisyah R.A berkata, “ Rasulullah SAW mencium dahi Uthman bin Maz’un ketika ia wafat. Waktu itu air mata menitis dari kelopak Baginda.” 
Sunan Tirmidzi,Hadth 989; Sunan Abu Daud, Hadith 3163; Ibn Majah, Hadith 1456.

Hadith 6

Diceritakan dari Anas R.A, “ Rasulullah SAW duduk di sisi kubur puterinya (Ummi Kalthum) dengan air mata bercucuran di kedua matanya seraya bersabda, “ Dia yang tidak menyentuhi isterinya malam tadi boleh turun ke dalam kubur.” Abu Talhah berkata, “ Saya!” Lalu beliau pun turun dengan perkenan Rasulullah SAW.


(Dinaqalkan daripada kitab Shamail Tirmidzi Khasail Nabawi Syarah Shamail Muhammadiyah).

Rintihan Jiwa



Ya Allah
Engkau mendengar luahanku ketikaku sedih
Engkau memberi rahmatMu ketikaku gembira
Engkau memberi hidayahMu ketikaku lupa

Ya Allah
Aku cinta padaMu
Kuatkan hati ini dengan cinta padaMu
Jernihkan jiwa ini dengan kerinduan padaMu
Zahirkan perbuatan ini dengan ketaatan padaMu
Bentengkan nafsu ini dengan ketakutan padaMu

Ya Allah
Teguhkanlah imanku
Bimbinglah diriku
Mudahkanlah urusanku
Di dalam aku menghadapi ujianMu
Sepanjang jalan hidupku
Tiada daya upaya melainkan dengan izinMu

Ya Allah
Bukakanlah hijab yang menghalangi
Dalam aku mengenali makrifahMu
Dalam aku mengingatiMu
Agar diri ini mampu mencapai darjat taqwa
Supaya wajah ini dapat menghadap wajah redhaMu
Aku rindu.. Aku mengharap
Pertemuan denganMu
Bersama dengan keredhaanMu

~Damba Redha Ilahi~


Tuesday 15 March 2011

Zikrullah

Bingkisan Hati





Ya Ilahi Rabbi..
Sejenak dalam kesedihan,
Berteman linangan air mata,
Saat itu daku terkesima
Lantas memikirkan…
Ujian ini bukan untuk melemahkan
Dugaan ini bukan untuk menjatuhkan
Tetapi ia adalah tarbiah bagi rohaniku
Malah sebagai wadah kekuatanku
Daku bersyukur atas limpahan anugerahMu
Yang tidak pernah putus

Ya Ilahi Rabbi..
Betapa hikmahnya setiap ujianMu
Mendidik jiwa menjadi si kental yang berani
Memujuk hati yang terkadang lara
Mensyukuri apa yang daku peroleh seadanya
Malah mendorongku lebih mengenalMu

Ya Ilahi Rabbi..
Solatku ibadahku hidupku dan matiku
Hanya untukMu
Dihati penuh berharap
Ampunilah dosaku
Terimalah sembah sujudku
Tuntunilah daku
Untuk daku menggapai redhaMu

~Damba Redha Ilahi~



Persoalan yang ada jawapan


?Kita bertanya: Kenapa aku diuji

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يَتْرَكُوا أَن يَقُولُواْ ءَامنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُون ﴿2﴾ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللهُ الَّذِين صَدَقُواْ وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ﴿3

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

كُتِبَ عَلَيْكُمُ القِتَال وَهُوَ كُرْهُ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرُ لَّكُم وَعَسَى أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌ لَّكُم وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُم لَا تَعْلَمُونَ ﴿216﴾


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

لَا يُكَلِّفُ اللهُ نَفْساً إِلَّا وُسْعَهَا﴿286﴾

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحْزَنُواْ وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿139﴾

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

وَاسْتَعِنُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلَوةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ﴿45﴾

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

فَإِن تَوَلَّواْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
﴿129﴾

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ﴿111﴾

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!

إِن يَمْسَسْكُم قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ﴿140﴾

"Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!

لَا يَايْئَسُ مِن رُّوحِ اللهِ إِلَّا الْقَوُمُ الْكَافِرُونَ﴿87﴾


"Dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِيُسْرًا﴿5﴾ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِيُسْرًا﴿6﴾

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)




Monday 14 March 2011

Antara kasih sayang, kebahagiaan dan kekayaan



Pada satu hari seorang sahabat bertanya kepadaku. Jika diminta untuk memilih antara kasih sayang, kebahagiaan dan juga kekayaan. Yang mana satu yang akan awak pilih?”

Lantas saya menjawab.

“Jika saya diberi pilihan pasti saya memilih kasih sayang sebagai pilihan.” Jawabku sambil tersenyum.

“ Kenapa awak pilih kasih sayang? Kenapa awak tidak memilih kebahagiaan ataupun kekayaan. Bukankah itu lebih bagus jika dibandingkan dengan kasih sayang. Dengan kebahagiaan awak akan memperoleh bahagia. Apa yang awak lakukan awak akan rasa bahagia. Begitu juga dengan kekayaan. Dengan kekayaan awak boleh buat apa saja. Awak  boleh miliki segala apa yang awak mahukan di dunia ni.  Tak mengapa. Awak punya pilihan sendiri. Tapi boleh saya tahu kenapa awak memilih kasih sayang?”

Saya memulakan bicara lagi.

“Kasih sayang itu sangat luas maksudnya. Kasih sayang merangkumi segalanya. Kasih sayang Allah kepada manusia. Kasih sayang manusia kepada Allah. Kasih sayang sesama makhluk. Tidakkah awak fikir. Dengan kasih sayang awak akan perolehi kebahagiaan malah awak juga mampu memiliki kekayaan. Bukankah itu cukup bahagiakan diri kita. Lihat!! Bahagia akan awak perolehi melalui kasih sayang yang Allah beri. Kekayaan juga begitu. Kaya bukan hanya pada harta. Tapi kekayaan hati dan jiwa yang saya damba. Kaya dengan sifat-sifat mahmudah. Yang mampu membuatkan hati lebih dekat dan akrab dengan Allah. Yang membuatkan jiwa lebih tenang. Sentiasa mengingati Allah. Dengan kasih sayang pasti awak akan temui kekayaan tu.  Itulah sebabnya mengapa saya memilih kasih sayang sebagai pilihan. Ia sudah merangkumi ketiga-tiga itu tadi. Lihatlah betapa besarnya nilai kasih sayang kepada kita. Hebatkan kuasa kasih sayang!! Bukan hanya satu tapi kita mampu memiliki lebih dari tu.”

Sunday 13 March 2011

Kisah 2 sahabat baik



Ini kisah 2 orang sahabat yang sangat baik. Seorang bernama Hitam dan seorang lagi bernama Putih. Mereka berdua sangat akrab dan keakraban mereka diketahui oleh orang kampung. Sehingga keakraban mereka diibaratkan sebagai belangkas. Ke mana sahaja pasti berdua. Makan bersama. Belajar bersama. Semua perkara dilakukan bersama. Betapa akrabnya mereka. Setelah sekian lama Hitam dan Putih bersahabat, tanpa diduga Hitam menyimpan perasaan hasad dengki kepada Putih kerana Putih mempunyai kelebihan yang lebih berbanding Hitam. Dari segi pelajaran, Putih mendahului Hitam. Dari segi fizikal tubuh badan juga begitu. Putih mempunyai wajah yang lebih kacak berbanding Hitam. Pendek kata, terlalu banyak kelebihan ada pada Putih. Oleh itu, Hitam berasa tidak puas hati dengan Putih kerana dia memiliki kelebihan lebih darinya. Maka timbullah hasad dengki di hatinya kepada sahabat baiknya itu. Maka benarlah bahawa syaitan itu kerjanya suka menghasut manusia supaya saling memusuhi saudaranya. Semakin hari semakin bertambah kebencian Hitam kepada Putih. Lebih-lebih lagi Putih lebih disayangi dan disenangi oleh orang kampung kerana kebaikan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Lama kelamaan hubungan mereka semakin renggang. Hitam mulai menjauhi Putih. Putih juga merasakan kerenggangan hubungannya dengan Hitam. Timbul di hatinya perasaan curiga dengan sikap Hitam yang semakin lama semakin jauh dengannya. Terfikir di benak fikirannya, adakah dirinya telah melakukan kesalahan kepada sahabatnya itu sehingga dia menjauhkan diri dan bersikap dingin kepadanya. Tetapi semakin difikir semakin dia tidak memahami. Semakin hatinya runsing kerana hubungan yang selama ini terjalin antara dia dan sahabatnya semakin retak dan mungkin juga akan terbelah jika tiada penyelesaian.

Puas menanti dan menanti, tetapi hubungan mereka masih dingin. Begitu tergamaknya Hitam, oleh kerana kebencian yang membuak-buka di dalam dirinya kepada Putih tidak dapat dibendung lagi, pada satu hari dia telah memfitnah Putih dengan berbagai-bagai fitnah dan tohmahan. Dia mereka-reka cerita palsu. Memburukkan nama baik Putih. Bukan setakat itu, dia menyebarkan fitnah itu kepada orang kampung. Cerita yang memalukan, menjatuhkan maruah dan mencemar nama baik Putih yang selama ini sangat disanjungi oleh orang kampung. Pada asalnya orang kampung tidak mempercayai kata-kata Hitam kerana mereka mengenali siapa Putih yang terkenal dengan kebaikan dan keluhuran budi tetapi lama-kelamaan mereka termakan juga dengan kata-kata fitnah Hitam. Kini bukan saja Hitam sangat membenci Putih malah orang kampung juga mula membenci dan menjauhinya. Hati siapa yang tidak sedih melihat orang menjauhi apatah lagi meminggirkan diri. Entah di mana silapnya Putih juga tidak mengetahui. Akhirnya terbongkar jua bahawa segalanya berpunca daripada cerita Hitam yang direka untuk menjatuhkan dirinya. Fitnah yang membuatkan dirinya semakin menderita. Sungguh dia tidak percaya orang yang dianggap sahabat baiknya itu sanggup mereka-reka cerita fitnah tentangnya. Sahabat baiknya itu juga menyebar fitnah kepadanya. Sahabat baik itu juga yang membuang dirinya begitu saja. Semakin lama dipendam semakin hatinya tidak mampu menahan. Derita di jiwa tiada siapa tahu. Segalanya diserahkan ALLAH. Hanya ALLAH tempatnya bergantung. Tempat untuk mengadu. Tempat untuk dia bergantung harap. Setiap hari dia berdoa agar ALLAH membuka hati semua untuk mereka ketahui siapakah yang berada di pihak yang benar dan siapakah yang berada di pihak yang salah. Ditanggung derita keseorangan tanpa sokongan. Sehinggakan apabila derita itu tidak mampu ditanggung lagi Putih ditimpa sakit yang berterusan sehingga dia nazak. Tidak lama kemudian barulah orang kampung mengetahui bahawa Putih tidak bersalah. Putih telah difinah. Difitnah oleh sahabat baiknya sendiri. Begitu zalimnya kelakuan Hitam kepada Putih. Orang kampung berasa bersalah kepada  Putih kerana mempercayai kata fitnah Hitam selama ni. Oleh kerana sifat dendam dan iri hati yang meraja dalam diri Hitam, dia sanggup menyakiti hati sahabat baiknya sehingga menyebabkan dia menanggung derita dan kini berhadapan saat-saat nazak yang bila-bila masa boleh merenggut ajal. Orang kampung tidak sanggup melihat penderitaan Putih dan mereka memberitahu Hitam bahawa sahabatnya itu sedang menghadapi saat nazak. Pada awalnya Hitam tidak mempedulikan kata-kata orang kampung kerana kedegilannya dan kebenciannya kepada Putih masih meraja dalam diri. Tetapi lama-kelamaan hatinya semakin tidak menentu. Fikirannya sering dibayangi dengan wajah Putih. Terbayang-bayang di kepalanya segala apa yang dilakukan kepada Putih. Segala kejahatan yang dilakukan kepada Putih. Segala kenangan manis mereka bersama bermain di kepalanya. Tetapi kerana hasad dengki dia menodai hubungan baik itu. Tiada sifat kasih juga tiada belas kasihan yang ada hanyalah kebencian, kedengkian yang membuak. Kini barulah dia menyesal kerana perbuatannya itu telah menyebabkan sahabatnya itu menderita dan sedang menghadapi saat nazak yang akan merenggut ajal. Terbitlah di hati Hitam untuk menziarahi Putih di rumahnya. Maka Hitam datang ke rumah Putih dan dia sangat terkejut melihat keadaan Putih. Terlalu berlainan daripada dulu. Terlalu banyak perubahan. Hitam mula menyesal dan dia menghampiri Putih. Dia menangis di tepi Putih. Lantas dia bersuara.


“Wahai putih, aku telah banyak melakukan dosa kepada kau. Aku memfitnah kau dengan bermacam-macam fitnah kerana aku mencemburui kau kerana kau banyak kelebihan berbanding aku. Aku tidak pernah puas hati dengan apa yang ada pada diriku sendiri. Aku benci melihat kau lebih berjaya daripada aku. Aku iri hati kau lebih disayangi orang berbanding diri aku. Aku tidak dapat menerima semua tu. Kerana sifat dengki tulah syaitan menghasut diriku untuk menyebarkan fitnah kepada kau. Aku semakin membenci kau. Semakin lama kita semakin jauh. Aku membuang kau kerana sikap aku yang jahat tu. Tapi sekarang aku dah menyesal putih. Aku menyesal dengan perbuatan aku selama ni kepada kau. Aku minta maaf putih… Aku minta maaf… Maafkan aku putih,maafkan aku… Air mata Hitam mengalir. Dia menangis di sisi Putih. Putih…Adakah kau maafkan aku? Maafkan aku putih… Maafkan aku..”


Kemudian Putih bersuara. Hitam… setelah sekian lama aku menderita, setelah sekian lama aku memendam rasa. Sehingga aku tidak sanggup menghadapinya dan kini aku menghadapi saat yang tersangat perit untuk aku terima. Kau tahu hitam… Tidak pernah terlintas di fikiran aku bahawa kau sanggup melakukan perkara begini kepadaku. Selama kita bersahabat, aku tidak pernah menyimpan perasaan curiga atas persahabatan kita ni. Tidak sesekali aku cemari dengan perasaan yang boleh meretakkan hubungan yang telah lama kita bina. Apa yang aku harapkan hanyalah keikhlasan dalam bersahabat. Aku mengharap kasih sayang antara kita. Susah senang sama-sama. Tapi kau telah cemari persahabatan kita hanya kerana sifat dengki kau kepadaku. Sanggup kau buat begitu? Kau tahu bahawa aku sangat sedih dan aku menderita dengan apa yang kau buat selama ni. Aku tak mampu tanggung lagi semua sengsara. Aku tak sanggup hitam..”

Hitam semakin teresak-esak. Dia bersuara lagi. “Putih,maafkan aku putih.. Maafkan aku.. Aku tahu aku bersalah. Aku minta maaf sepenuh hati aku putih.”

Putih bersuara lemah. “ Aku boleh maafkan kau hitam. Tapi ada syaratnya. Kau mesti lakukan apa yang aku suruh.”

“Apa dia putih? Aku sanggup lakukan apa saja asalkan kau maafkan aku.

“Baiklah hitam. Kau pergilah ke bandar dan kau belikan aku kekabu. Kemudian kau bawa ke sini.”


“Baiklah putih. Aku akan belikan untuk kau asalkan kau sanggup maafkan diriku.”


Maka Hitam pergi ke bandar untuk membeli kekabu yang disuruh oleh Putih. Setelah beberapa minit, Hitam kembali ke rumah Putih dengan membawa pulang kekabu yang dibelinya tadi. Dia lantas menuju ke arah Putih.


“Putih….ni dia kekabu yang kau suruh aku beli tadi. Sekarang kau dah maafkan aku kan?
“Wahai Hitam, aku belum boleh memaafkan kau lagi. Kau mesti melakukan satu kerja lagi untuk aku.”


“ Apa dia Putih? Aku akan lakukan asalkan kau sanggup maafkan aku.”


“Sekarang kau bawa kekabu yang kau beli tadi ke menara KLCC dan kau tebarkan ia. Kau sanggupkah?”


“Aku sanggup putih. Aku akan lakukan.”
Hitam pun pergi melakukan apa yang disuruh Putih. Dia pergi ke menara KLCC lalu menebarkan semua kekabu yang dia beli. Setelah itu, dia pulang semula ke rumah Putih.


“ Putih…Aku dah lakukan apa yang kau suruh tu. Sekarang kau dah maafkan aku kan?”


“Belum lagi Hitam. Kau mesti lakukan satu lagi kerja. Kalau kau sanggup dan mampu lakukan, aku akan maafkan semua kesalahan yang kau buat kepadaku selama ni.”


“Baiklah putih. Apa dia yang aku patut lakukan?”


"Sekarang kau kembali semula ke menara KLCC tadi, dan kau kutip semua kekabu yang kau dah tebarkan tu. Kalau kau mampu lakukan, aku akan maafkan kesalahan kau selama ni…"


 Terdiamlah Hitam di situ. Pastinya dia tak akan mampu melakukan syarat yang ketiga itu. Mana mungkin kekabu yang bertebaran itu dikutip kembali. Sesuatu yang sangat mustahil dilakukan. Menangislah dia di sisi Putih. Kerana Putih tidak memaafkan kesalahannya selama ni. Menyesal pun tidak berguna lagi. Kerana sifat dengki itulah yang buat dia merana. Kerana iri hati itu jugalah dia juga menanggung derita. Akhirnya Putih menghembuskan nafas terakhir. Hitam pula menderita kerana tidak mendapat kemaafan daripada Putih. Dia menyesal dengan perbuatannya. Inilah balasan yang dia patut terima atas segala apa yang dia telah lakukan kepada Putih. Barulah dia mengetahui bagaimana deritanya jiwa. Memfitnah orang yang tidak berdosa. Persahabatan dikhianati kerana sifat dengki. Keikhlasan dinodai kerana iri hati. Kasih sayang dicemari dengan sifat busuk hati. Semuanya tak akan berpatah balik. Yang berlalu terus berlalu. Dia kini seorang diri menanggung sengsara. Merasai betapa derita meneruskan kehidupan dengan perasaan bersalah. Sengsara kerana perbuatan diri sendiri memakan diri. Tiada apa yang boleh diperbaiki lagi. Putusnya persahabatan. Tiada lagi sahabat di sisinya. Dia menangis semahunya. Menyesali perbuatannya kepada sahabat baiknya itu. Tetapi,menyesal itu tidak berguna lagi. Putih yang pergi tak akan kembali lagi.

Wednesday 9 March 2011

ALHAMDULILLAH..TERCAPAI JUA..


Setelah sekian lama hasrat hatiku terkubur untuk mencipta blogku sendiri. Dah sekian lama terpendam dan hari ini Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya menciptanya! Tahniah buat diriku. Sekadar untuk memberi penghargaan kepada diriku agar lebih bersemangat dan berusaha lebih kuat untuk membuatkan blog ni hidup dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat selepas ni. Kadang-kadang kita perlu menghargai diri kita sendiri supaya kita lebih terdorong untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. Walaupun ia kadang-kadang adalah sekecil-kecil perkara. Dengan peluang yang Allah berikan kepadaku, aku cuba menghasilkan blog ni walaupun tidaklah secantik dan sehebat blog orang lain. Bagiku ni adalah langkah pertama untuk aku berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Belajar  menulis dengan lebih baik. Berkongsi dengan orang lain. Mungkin juga untuk meluahkan apa yang ada di hati. InsyaAllah…


" DAMBA REDHA ILAHI"